Thursday 25 September 2014

PENYINGKIRAN SINGAPURA DARIPADA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1.  





                    > 1961: -Idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul                   Rahman

Ø (27 mei) -Kertas putih diisytiharkan secara rasmi
Ø (nov) -Faktor2 penganggotaan Singapura dalam persekutuan Malaysia
1962:-Reaksi Singapura terhadap kosep Persekutuan Malaysia -Proses pembentukan Malaysia
1963: - Pengisytiharan Malaysia(16 September)
1964:-Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew bersama UPP(Parti Rakyat Singapura) telah mencetuskan rusuhan.Lebih2 lagi mereka memperjuangkan persamaan hak dan kempen’Malaysia untuk orang Malaysia’.
(21 Julai) 1965:-Pemisahan Singapura
(9 Ogos) >
*[1]     Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh perdana menteri persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman. 
    > Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi,Singapura semasa majlis makan tengahari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.Pada majlis yg sama,beliau turut menjelaskan faedah2 yg akan diperolehi olh negeri2 gabungan jika penyatuan ini Berjaya.
*[2]      Penjelasan ini dibuat setelah Tunku mendapat maklum balas yg baik dari pemimpin Sabah,Sarawak dan Brunei hasil dari keputusan tinjauan senu Abdul Rahman pd tahun 1960,dan setelah berunding dgn pemimpin2 tertentu seperti Lee Kuan Yew(Januari 1961) Mac Millan di London 1961. 
     > Idea2 gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali,terutama oleh ketua menteri yg pertama Singapura,David Marshall.kemudian dibangkitkan pula oleh menteri kedua,Lim Yey Hock.
*[3]     Perdana Menteri Singapura,Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura utk bergabung dgn Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik.Namun dlm tempoh tersebut,cadangan ini tidak mendapat perhatian kerajaan perikatan di Tanah Melayu.
     > Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura di Tanah Melayu tidak dapat di terima oleh persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah Melayu. 
     > Jumlah besar masyarakat cina di Singapura boleh menggugat majoriti Melayu yang wujud pada waktu itu.
*[4]     Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat Melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara(hak- hak istemewa)dalam persekutuan Tanah Melayu.
*[5]     Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah pernah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. 
    > Misalnya,pada abad ke-19,pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo,negeri-negeri melayu dan Negeri –negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan.
*[6]     Pada asalnya,penduduk Singapura berminat dgn konsep Persekutuan Malaysia.Dalam hal ini , Singapura di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew & Parti Tindakan Rakyat(PAP) menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman. 
    > Sebenarnya rancangan ini pada dasarnya adlh utk menyelamatkan PAP di Singapura dari ancaman pihak golongan kiri. 
     >  Parti Buruh Singapura juga bersetuju dari segi prinsip,tetapi menganggapnya sbgai satu perkara yg sukar utk dilaksanakan. Reaksi Singapura terhadap konsep Persekutuan Malaysia
*[7]       Parti Rakyat Singapura(UPP)& Barisan Sosialis menentang gagasan Malaysia kerana mereka melihat cadangan itu merupakan rancangan Inggeris untuk terus berkuasa di Singapura. 
    > Keadaan semakin keruh apabila dalam satu pilihanraya kecil di Hong Lim & Anson pd bulan April 1961,calon PAP telah dikalahkan olh calon Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh. 
    > Justeru Lee kuan yew bersetuju dgn penggabungan Malaysia-singapura.Walaupun menghadapi tentangan dr golongan berhaluan kiri kerajaan iaitu yg terdiri drpd Parti Rakyat Singapura(UPP),Parti Barisan Sosialis & Parti buruh Singapura.
*[8]        Perkembangan pengaruh komunis di Singapura khususnya membimbangkan kerajaan persekutuan Tanah Melayu 
     > Pengaruh Komunis mula menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat Singapura@People’s ActionParty((PAP)). 
     > Kegiatan dan pengaruh Komunis semakin kuat apabila Lim Chin Siong menubuhkan Barisan Sosialis. 
     > Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim pada tahun 1961 menunjukkan pengaruh komunis semakin tersebar luas di Singapura. 
     > Tunku bimbang ancaman tersebut merebak ke Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia dilihat mampu menyekat pengaruh komunis di Singapura.
*[9]      TARIKH PERISTIWA 27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik 23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah 18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak 6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha 3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia 21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. 9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
*[10]      16 September 1963  Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri.
*[11] Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) Suruhanjaya Cobblod Jawatankuasa antara Kerajaan(JAK) Referendum Singapura
*[12]       Kerajaan Singapura membuat keputusan utk mgadakan referendum@pungutan suara sbg satu cara meninjau pendapat penduduk singapura utk mdptkan kpastian&pendirian Singapura berhubung penubuhan Malaysia. 
     > Diketuai oleh kerajaan Singapura. 
     > Tujuannya adlh utk mendapat pungutan suara rakyat Singapura mengenai pembentukan Malaysia.
*[13]       Dalam proses pnubuhan Persekutuan Malaysia.Pada pungutan suara tersebut,rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu:
a) Pilihan A=rakyat bersetuju utk bergabung dgn syarat2 yg telah ditetapkan olh kerajaan Singapura & Persekutuan Tanah Melayu mlalui Kertas Putih pada bulan November 1961(397,626 undi)
b) Pilihan B=rakyat bersetuju utk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri2 Melayu lain dalam Persekutuan Tanah Melayu(9,442 undi)
c) Pilihan C= rakyat bersetuju utk bergabung dgn syarat &faedah yg hampir sama sprti yg diperoleh wilayah2 Borneo dgn penyertaan ini(144,077 undi)
*[14]       Referendum Singapura ini telah diadakan pd 1 November 1962.Barisan Sosialis dan komunis yg tidak bersetuju utk brgabung dgn Persekutuan Tanah Melayu,mereka telah memulau pungutan suara dgn mmbuang undi kosong… 
     > Namun slps referendum selesai,laporan menunjukkan 70% pengundi myokong Pembentukan Malaysia. 
      > Secara keseluruhannya,keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia dgn memilih syarat A,iaitu pilihan yg dicadangkan olh kerajaan Singapura sendiri.
*[15]       Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil- wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 
    >  Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
*[16]        Hari perisytiharan pembentukan Malaysia diumumkan pada 16 September 1963.
     > Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiusaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British,Singapura,Sarawak dan Sabah.
*[17]        Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiusaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British,Singapura,Sarawak dan Sabah. 
       > Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. 
      > Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963 .
      > Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara besar-besaran.
*[18]     Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas. 
       > Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
*[19]       Sebelum pembentukan Malaysia,Lee Kuan Yew menegaskan bhwa wlaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia,namun hal2 yg terkandung dlm percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama2 dgn rakyat Singapura sendiri. 
      > Penegasan ini bg memastikn rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.
  > Pada 23 Ogos 1961,suatu mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dgn Persekutuan Tanah Melayu & mereka mencapai persetujuan atas beberapa perkara.Persetujuan ini telah termaktub didalam kertas putih yg antaranya menyatakan aspek pertahanan,hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan.
*[20]      Tetapi soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura sendiri. 
 > Kertas putih diisytiharkan scra rasmi pd bulan November 1961.
*[21]   KANDUNGAN:    
-Aspek pertahanan,perhubungan                                                                    luar & keselamatan tanggungjawab persekutuan. 
-Pendidikan & tenaga buruh tanggungjawab Singapura. 
-Ekonomi,perindustrian & perkilangan tanggungjawab bersama. 
*[22]         Setelah dua tahun Singapura berada dalam Malaysia,hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula menjadi tegang.  Hal ini kerana,ketika Singapura berada dalam Malaysia,banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu… Singapura membentuk United Opposition Front yg memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia
 > desakan penghapusan keistimewaan hak orang Melayu.
*[23]       Antara isu yg mnjadi perbahasan hangat adalah soal : Soal Ekonomi Soal Parti Soal Perkauman
*[24]      Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak telah sepakat utk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama. 
  > Dalam hal ini,barang2 yg dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya utk dieksport keluar negara,keuntungan akan dikongsikan bersama. 
 > Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan,tidak banyak kemajuan ekonomi yg dicapai.Keadaan ini telah mengecewakan Singapura… Singapura ingin mengekalkan statusnya sbg pusat perindustrian perdagangan & pelabuhan bebas & tidak disaingi kerajaan pusat. Soal Ekonomi
*[25]        Parti Tindakan Rakyat yg dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba hendak bertanding dgn Parti Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. 
 >  PAP cuba menarik Perhatian org Cina bahawa MCA tidak mampu membangun dan memajukan orang Cina. 
 > Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan keatas hak keistimewaan orang melayu. Soal Parti
*[26]      Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang- kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. 
  > Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di persekutuan.
 > Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. 
 > usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
*[27] Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’. 
  > Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat. 
  > Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari tanah besar dan Sarawak menghadirinya serta turut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP). Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP.
*[28]      Tujuan utama mesyuarat adalah untukmembincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention. 
 >  Matlamat keselamatan negara Singapura, strategi- strategi, dan keutamaan-keutamaan telah berkembang secara berbeza daripada Persekutuan. Konsep satu ‘Malaysian Malaysia' telah menjadi asas pendekatan pembangunan PAP di Singapura. 
  > Bagi Lee, pendekatan ini akan akhirnya menghasilkan masyarakat yang dinamik dan negara yang progresif yang mendorong pertumbuhan ekonomi. Konsep ini juga turut diperdebatkan sebelum Singapura. Sblm berpisah dari Malaysia..
*[29]       Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada 6 Jun 1965, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 
  > Berbeza dengan PAP yang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap negara, pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistemewaan untuk orang Melayu - semuanya boleh dirangkum di dalam konsep Ketuanan Melayu, atau hegemoni Melayu di negara ini. 
 >  Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu. Ringkasnya, kedudukan orang Melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan masyarakat bukan Melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap rakus dan tidak sensitive kepada budaya masyarakat Melayu. Nada anti- Cina oleh golongan ultra-Melayu pada tahun 1960an sebahagian besarnya diarahkan kepada PAP dan Lee. politik dan perasaan tidak selamat masyarakat Melayu secara umum yang bertambah parah hasil pengembangan penduduk Cina di Malaysia menerusi percantuman dengan Singapura
*[30]       Minat pemimpin Singapura Lee Kuan Yew terhadap pembentukan ini semakin berkurangan. 
  > Polarisasi kaum(sifat perkauman)semakin melampau.Cina dgn pelampau cina,Melayu dgn pelampau melayu,iaitu antara PAP(kerajaan Singapura) dgn Parti Perikataan(kerajaan pusat) 
  > Tentangan bermula apabila calon dari parti pimpinan Lee Kuan Yew tewas di dua tempat dalam pilihanraya pertama Malaysia pd tahun 1964. 
  >Lee Kuan Yew berpendapat,MCA tidak layak mmimpin & menjaga kepentingan kaum cina.
*[31]      Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan Singapura adalah penubuhan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang diketuai oleh PAP dan terdiri dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, 'Malaysian Malaysia’ mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan masyarakat tertentu sahaja.
  > Bagi Perikatan, slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan malahan Sultan Melayu.
*[32]        Lee dituduh bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah negara telah dilihat sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik bersifat politik dan perkauman ini. 
  > Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat seimbang bertentangan dengan kepimpinan Malaysia yang pro Melayu. Sebaliknya, Lee pula mencadangkan bahawa perbezaan utama di antara PAP dan Perikatan bukanberkenaan objektif-objektif mereka, tetapi dalam konteks kecepatan untuk mencapai obejektif-objektif tersebut.
*[33]        Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuan Lee di Singapura dengan kumpulan- kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu semata-mata untuk mengutuk isu perkauman. Razak pula merasakan yang Perikatan tidak harus menyerahkan kuasa keselamatan dalam negeri kepada Lee dalam masa ia masih berunding dengan Tunku.
*[34]        Rusuhan kaum berlaku pada 21 Julai 1964 dan pada 2 September 1964. 
  > Hubungan kerajaan Singapura(PAP) dan Malaysia(perikatan) khususnya MCA semakin meruncing dan semakin buruk pd tahun 1964. 
  > Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 juga telah berlaku,diantara kaum Melayu dan China..
*[35]        27 April 1965 Singapura menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu (UOP) utk memperjuangkan persamaan hak dengan Slogan “Malaysia untuk Malaysia”. 
*[36]         9 Mei 1965,orang melayu menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia(KPM) dengan slogan “Melayu Bersatu” dibawah pimpinan Jaafar Albar.
*[37]         Tan Siew sin & T.H.Tan(Pemimpin MCA) mencadangkan pemisahan Malaysia dengan Singapura. 
*[38]          9 Ogos 1965 Malaysia dan Singapura berpisah…
*[39]         Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,tetapi tidak berjaya. 
  > Timbul pelbagai konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan Persekutuan di Tanah Melayu. 
  > Faktor pemisahan adlh kerana isu perlembagaan,persaingan politik PAP dan MCA,masalah perkauman dan perbezaan pendekatan antara Perikatan dan PAP. 
  > Akhirnya,pada 9 Ogos 1965,Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia. Dalam keadaan terpaksa,ini kerana Lee Kuan Yew sgt inginkan menguasai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu,tetapi hal demikian telah di halang dan tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakyat-rakyat yang berkaum Melayu.. 
   > Ini kerana Lee Kuan Yew telah melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh beliau sendiri pada awal pembentukan malaysia ketika itu. 
   > Beliau juga di anggap penceroboh atau musuh duri dalam daging oleh orang Melayu... Beliau juga telah mencetuskan banyak kekacauan dan pemberontakan serta banyak peperangan telah berlaku. 
   > Singapura berpisah dgn Malaysia scra rasminya,setelah Parlimen meluluskan Rang Undang2 Perpisahan.
*[40]        Ini kerana Lee Kuan Yew telah melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh beliau sendiri pada awal pembentukan malaysia ketika itu. -Beliau juga di anggap penceroboh atau musuh duri dalam daging oleh orang Melayu... Beliau juga telah mencetuskan banyak kekacauan dan pemberontakan serta banyak peperangan telah berlaku. -Singapura berpisah dgn Malaysia scra rasminya,setelah Parlimen meluluskan Rang Undang2 Perpisahan.
*[41]        Isu keselamatan politik seperti ancaman komunis dan masalah Singapura menjadi alasan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia didasarkan kepada tanggapan dan tafsiran pemimpin- pemimpin Tanah Melayu tentang ancaman-ancaman keselamatan politik di rantau ini. Dalam mewujudkan keselamatan politiknya, rejim pemerintah Tanah Melayu bersetuju untuk bergabung dengan Singapura .
  > Selain bertujuan untuk mewujudkan kesatuan politik dan keseimbangan kaum, rancangan itu sendiri telah dianggap sebagai satu formula untuk mengatasi masalah komunis dan tekanan parti-parti pembangkang. Oleh kerana itu tidak hairanlah Malaysia ditolak oleh pergerakan komunis dan parti- parti politik haluan kiri.
*[42]        Penubuhan Malaysia juga adalah hasil kemahiran manipulatif pemimpin politik Malaysia, yang mengenengahkan isu ancaman komunis dalam agenda politik mereka. Maka, kepentingan terhadap keselamatan politik telah merubah kedudukan geo-politik dari Persekutuan Tanah Melayu kepada pembentukan Malaysia. 
  > Tambahan lagi, oleh kerana isu keselamatan politik adalah sangat penting ia turut menjadikan isu lain sebagai kurang penting. Misalnya tuntutan politik untuk terus dengan konsep federalism lama oleh sesetengah pihak akhirnya tertolak dengan kewujudan Malaysia.
*[43]         Sesetengah parti politik yang masih mahukan sistem Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak kewarganegaraan yang ketat akhirnya dinafikan. 
  > Ia menjadikan episod baru dalam sejarah politik Malaysia dan hanya menguntungkan Singapura dan majoriti etnik yang menduduki pulau tersebut dan di Semenanjung Tanah Melayu. 
  > Berkemungkinan besar, penubuhan Malaysia juga adalah hasil dari desakan Singapura yang ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan negaranya dan hak warga negara untuk sebilangan besar etnik bukan-Melayu. Hal ini sebenarnya memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.
*[44]        Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963, di Malborough House, London. Orang ramai Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memeriksa perbarisan hormat pasukan tentera yang menyambut kepulangan beliau dari London di lapangan terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963.
*[45]         Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat dari anggota pasukan seragam dari pelbagai kontingen yang menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 17 September di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh 30,000 rakyat jelata dari pelbagai kaum.
*[46]         YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963. Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963.                                                        

RUJUKAN


Internet
*  - http://www.slideshare.net/anephaniffmsml/pemisahan-     singapura

n     Buku
-Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KBSM.


LAMPIRAN





            Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.


                                                           
                                                             LEE KUAN YEW

  

                                                                  LIM YEW HOCK







PENUTUP

Perjalanan sejarah membuktikan negara ini pernah diceroboh kuasa asing.Justeru,masyarakat melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka.Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudiannya bersama-sama berusaha memartabatkan sebuah negara yang merdeka.Kerjasama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai pada tahun 1957.

Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa brunei.Namaun,Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia selepas 2 tahun Persekutuan Malaysia ditubuhkan.Menubuhkan Malaysia sesungguhnya telah memberikan banyak faedah pada Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.

No comments:

Post a Comment